Thursday, September 25, 2008

keunikan manusia

Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya: badan mempunyai sejumlah trillion unit sel. bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza. otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem. jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah. jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari. terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki. setiap manusia mempunyai 32 batang gigi. otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan. jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg. 70% berat badan adalah berat air.

katak ada gigi tak?

Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’. Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.